Latar belakang Konspirasi mengenai pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020

Undang-undang

Semua warganegara Amerika Syarikat yang berumur 18 tahun boleh mengundi untuk Presiden Amerika Syarikat.Di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, tahanan penjara tidak mempunyai hak mengundi.[9]

Di majoriti negeri yang dikawal oleh Parti Republikan mempunyai peraturan bahawa semua para pengundi mesti menunjukkan kad pengenalan mereka apabila mereka mengundi untuk mengelakkan penipuan dalam pengundian.[9]

Di majoriti negeri yang dikawal oleh Parti Demokrat pula tidak memerlukan para pengundi untuk menunjukkan kad pengenalan mereka kerana Parti Demokrat menganggap ia sebagai tindakan perkauman.[9]

Dominion Voting Systems

Keselamatan dan kesahihan perisian berkira undi dari Dominion Voting Systems Corporation yang diguna dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang pernah dipersoalkan oleh pelbagai pihak.[10][11][12][13]

Smartmatic Voting Machine

Keselamatan dan kesahihan mesin berkira undi dari Smartmatic Corporation yang diguna dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang pernah dipersoalkan oleh pelbagai pihak.[14][15][16]

The Clinton Foundation

Mesin berkira undi Dominion Voting Systems dari Dominion Voting Systems Corporation juga ada berkaitan dengan Nancy Pelosi, Parti Demokrat, Alphabet Inc., AT&T, Comcast, The Walt Disney Company, Viacom CBS, CEO Amazon.com Jeff Bezos, CEO Facebook Mark Zuckerberg dan Pengerusi Twitter Jack Dorsey dalam "The Delian Project" yang dimiliki oleh The Clinton Foundation. Yayasan ini dicipta oleh Bill Clinton pada tahun 2001, diketuai oleh keluarga Hillary Clinton dan mempunyai hubungan yang kuat dengan pihak FBI dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.[17][18][19][20][21][22]

Di Malaysia, ia berkaitan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan tokoh seperti Mahathir bin Mohamad, Mohd Najib bin Abdul Razak dan Jho Low dalam Skandal 1Malaysia Development Berhad.[23][24][25][26]

Facebook

Dalam siasatan yang dilakukan oleh "The Amistad Project of the Thomas More Society", sebuah organisasi litigasi perlembagaan negara, telah mengeluarkan sebuah laporan dengan 39 muka surat, memperincikan bahawa Ketua pegawai eksekutif Facebook, Inc. Mark Zuckerberg telah memberikan $500 juta kepada pegawai pilihan raya untuk berpengaruh pilihan raya secara tidak adil.[27][28]

Sebahagian besar dana pergi ke Center Tech & Civic Life (CTCL), sebuah NGO yang dimulakan oleh bekas pengurus dan pekerja dari New Organizing Institute.[29][30]

HSBC

Dalam siasatan yang dilakukan oleh pelbagai agensi berita dari Jepun, mereka telah mendapat maklumat Dominion Voting Systems ditaja dengan wang dari Hong Kong Shanghai Banking Corporation (HSBC). Mereka juga telah melaporkan bahawa anak syarikat terbesar kumpulan HSBC ini terletak di Hong Kong dan dengan kebanyakan orang dari Parti Komunis China bertugas sebagai orang eksekutif di dalam HSBC bermaksud syarikat Institusi kewangan dari United Kingdom ini telah dikawal oleh Republik Rakyat China.[31][32][33]

Konspirasi antarabangsa

Dalam siasatan yang dilakukan oleh pelbagai agensi berita dari India, mereka telah mengetahui bukan sahaja Pengintip Parti Komunis China menyusup masuk ke syarikat HSBC, mereka juga telah menyusup masuk ke Institusi kewangan yang lain termasuk Standard Chartered dan Australia New Zealand (ANZ) Banking Group.[34][35]

Pengintip mereka juga menyusup masuk ke dalam syarikat perubatan seperti AstraZeneca dan Pfizer; ke sektor pendidikan seperti Universiti Harvard dan Universiti Princeton; kontraktor pertahanan seperti Boeing.[36][37]

Mereka juga telah menyusup masuk ke dalam parti politik, pemerintahan dan kerajaan, termasuk di Amerika Syarikat, Australia, EU dan United Kingdom.[38][39]

Menurut laporan daripada agensi berita lain oleh negara lain, mereka juga menyusup masuk ke beberapa syarikat terkenal seperti Citibank, Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO), Deutsche Bank, Hewlett-Packard (HP Inc.), IKEA, Jaguar Land Rover, JPMorgan Chase, Mercedes Benz, Qualcomm, Volvo dan Volkswagen.[40][41][42]

China

Sejak tahun 2009, The Clinton Foundation telah menerima pelbagai "dermaan" daripada China melalui pelbagai parti ketiga dengan akaun bank mereka dari pelbagai bank termasuk ANZ Banking Group, Citibank, Deutsche Bank, HSBC, JPMorgan Chase dan Standard Chartered untuk menubuhkan "Program Pinjaman Tenaga Kejiranan" (NELP) dalam sebuah inisiatif bernama "CPC Green Initiative".[43][44][45][46]

Open Society Foundations

Selepas menerima sumbangan daripada bank, The Clinton Foundation akan membuat sumbangan dengan jumlah yang diterimanya dan kemudian menderma kepada Open Society Foundations yang akan memberi derma kepada The Clinton Foundations selepas itu.[47][48]

Yayasan ini telah membuat pelbagai derma kepada kumpulan seperti Antifa, Black Lives Matter dan berkaitan dengan Smartmatic Voting Machine, IMF, UN, Bill & Melinda Gates Foundation, Ford Foundation (diasas oleh Henry Ford pada 15 Januari 1936 dan berkaitan dengan Ford Motor Company), Carter Center (diasas oleh Jimmy Carter dan Rosalynn Carter pada 06 April 1982) dan mempunyai hubungan yang kuat dengan semua syarikat Industri petroleum, media arus perdana dan perkhidmatan kewangan dari keseluruhan Dunia Barat.[48][49][50][51]

Open Society Foundations ini dicipta dan diketuai oleh George Soros pada tahun 1993, sama tahun dengan Bill Clinton menjadi Presiden AS ke-42. Dia juga mempunyai hubungan yang kuat dengan semua tokoh penting yang bertanggungjawab kepada semua punca peperangan yang terlibat dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan NATO dari era Bill Clinton ke era Barack Obama.[47][48]

Rujukan

WikiPedia: Konspirasi mengenai pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 http://cn.epochtimes.com/gb/20/11/12/n12545208.htm http://totalnewsjp.com/2020/11/18/trump-131 http://www.informationclearinghouse.info/article40... http://mb.erabaru.com.my/2020/11/19/dominion-sahka... http://www.gmanews.tv/story/190540/328-defective-p... https://asiatimes.com/2020/11/first-comes-a-rollin... https://californiaglobe.com/section-2/lawsuit-agai... https://www1.cbn.com/cbnnews/politics/2020/novembe... https://economictimes.com/news/international/world... https://freebeacon.com/issues/clinton-bundler-part...